Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua bagaimana untuk memiliki mata yang cantik dan menawan. Ini bukan sahaja untuk mencantikkan mata anda malah untuk memberikan mata yang sentiasa sihat. Mata adalah sebagai alat penglihatan bagi semua manusia yang sangat penting. Mata sering terdedah kepada udara yang tercemar, bakteria, udara kering, angin, alat solek dan pelbagai faktor lain. ini akan menyebabkan mata anda berisiko mendapat:
- Jangkitan
- Alahan
- Kecederaan
- Kelesuan mata
- Penjagaan mata
Senaman mata:
- Senaman mata setiap hari dengan menggerakkan bola mata ke atas, ke bawah, ke kanan, dan ke kiri bagi memastikan mata kita sentiasa segar dan cergas.
- Pergerakan kelopak mata secara spontan dan air mata dapat membantu membersihkan mata.
- Jika terdapat bendasing atau habuk yang masuk ke dalam mata, elakkan daripa menggosok mata atau dengan tuala yang tidak bersih. Ini akan menyebabkan jangkitan pada mata.
Pemakanan:
- Makan makanan yang berkhasiat khususnya makanan yang kaya dengan vitamin A untuk mensintesis pigmen penglihatan.
- Amalkan pengambilan buah beri dan prun. Kebanyakan buah-buahan yang berwarna ungu ini sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai 'anthocyanidins' yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.
- Amalkan pengambilan sayur-sayuran berwarna hijau seperti bayam, kangkung, sawi dan
- sebagainya kerana ia sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.
- Ambillah buah-buahan yang berwarna oren atau kuning seperti limau, betik dan mangga. Buah-buahan berwarna ini, sangat baik untuk mata kerana kandungan beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi.
- Sayur-sayuran berwarna oren dan merah seperti lobak merah, tomato dan labu juga mengandungi beta karotin yang sangat tinggi. Ambillah pemakanan ini setiap hari sekurang-kurangnya satu cawan sehari bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber betakarotin yang berterusan
Aktiviti harian:
- Semasa membaca, pastikan cahaya adalah mecukupi dan cukup terang. Kekurangan cahaya semasa membaca boleh menyebabkan kekangan mata.
- Cahaya lampu 60 watt hingga 100 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai penglihatan yang normal.
- Cahaya lampu 150 watt hingga 200 watt adalah paling sesuai bagi individu yang mempunyai tahap penglihatan yang kurang.
- Semasa membaca juga perlu memastikan jarak mata adalah antara 30cm hingga 35cm dari bahan bacaan.
- Elakkan daripada memandang matahari secara terus.
- Cara yang paling berkesan untuk melindungi mata daripada cahaya matahari ialah memakai cermin mata gelap yang direka khas untuk menghalang radiasi ultra ungu.
- Tidur yang cukup akan membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.









