Cara-Cara menjaga kesihatan jantung anda

Assalamualaikum......dan salam sejahtera....pada entry yang lepas saya ada menceritakan apa itu penyakit berkaitan jantung. Pada hari ini saya akan menceritakan pula bagaimana anda ingin menjaga jantung anda.
Seperti kita sedia maklum, bahawa penyakit yang berkaitan jantung ini adalah salah satu penyakit yang kritikal sehingga ia di anggap membunuh. Walau bagaimanapun ianya masih boleh dikawal atau boleh dihindari. Ada pelbagai cara untuk kita menjaga kesihatan jantung kita. Mari kita bincangkan bagaiman untuk menjaga jantung untuk mendapatkan jantung yang kekal sihat.


Kesihatan jantung perlulah dijaga untuk mengekalkan kesihatan badan kita. Dalam menjaga kesihatan jantung kita pertama sekali yang perlu kita jaga ialah PEMAKANAN kita. Rata-rata rakyat malaysia lebih-lebih lagi kaum melayu mempunyai masakan tradisional yang sangat lazat, malah penyediaan nya juga agak unik dari segi penggunaan bahan-bahannya. Amalan pemakanan yang sihat adalah seperti yang tercatat di piramid makanan di bawah. Banyakkan memakan makanan yang berserat tinggi untuk memastikan jantung yang sihat. Kurangkan makanan yang berkolestrol tinggi dan masakan yang berminyak kerana ini adalah punca utama kepada penyakit yang berkaitan dengan jantung. Tetapi, dalam masyarakat melayu sekarang, rata-rata sudah tidak mengamalkan pemakanan yang sihat. Mari kita lihat contoh, masakan yang agak popular di negeri sembilan, Daging salai masak lemak cili api. Makanan seperti ini mengandungi kalori yang amat tinggi. 


Amalkan BERSENAM sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dalam masa 20 minit ini untuk mengekalkan stamina badan kita. Stamina yang kuat akan memastikan jantung yang sihat. Banyak faedah yang kita akan dapat daripada bersenam, salah satunya ianya dapat mengekalkan stamina seseorang. Malahan ianya juga dapat membuang toksik dalam badan dimana ianya keluar bersama-sama dengan peluh yang keluar semasa bersenam. Amalan bersenam  juga amat baik kerana dapat menjaga umur metabolisma badan manusia. 


MEROKOK juga adalah amalan gaya hidup yang tidak sihat. Lebih 80% dari pesakit yang diserang penyakit jantung mempunyai tabiat merokok. Merokok memberi kesan keapada kesihatan jantung manusia, kerana rokok mengandungi bahan-bahan yang amat merbahaya untuk badan manusia dan ianya menghasilkan karbon yang tinggi sedangkan badan manusia memerlukan oksigen. Jantung manusia akan mengepam darah yang mengandungi oksigen keseluruh badan manusia. Ramai rakyat malaysia telah mengetahui bahaya seorang perokok, tetapi adakalanya susah untuk berhenti merokok bukan? Berhenti merokok untuk mengekalkan kesihatan jantung anda.

Kebanyakan penyakit boleh berpunca dari masalah OBESITI. Ianya juga adalah salah satu faktor kepada permasalahan jantung manusia. Obesiti berpunca daricara pemakanan yang tidak seimbang serta kekurangan bersenam untuk membakar kalori dalam badan. Tidak semua yang kita makan akan menjadi keperluan dalam badan manusia terutamanya sekali lemak. Kandungan lemak yang berlebihan boleh menyebabkan kita mendapat pelbagai jenis penyakit seperti Hipertensi, Jantung, Diabetes dan sebagainya. Pengukur obesiti seseorang diukur mengikut kiraan indeks jisim badan (body mass index). Di bawah adalah carta menunjukan seseorang itu mempunyai BMI yang sihat ataupun obesiti.



Secara keseluruhannya, untuk menjaga kesihatan jantung anda, anda perlu ubah gaya hidup anda sekarang kepada gaya hidup yang lebih sihat. Insyaallah dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat ianya kan menghasilkan tubuh badan yang sihat. Insyaallah, semoga bertemu lagi di post yang akan datang.

0 comments:

Post a Comment

Sebarang kemusykilan boleh komen