Assalamualaikum w.b.t, Hari ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang penyakit jantung. Mungkin kita tidak perasan bahawa kita mempunyai risiko untuk menghidap penyakit jantung. Apakah itu sakit jantung?Sakit jantung atau penginfarkan miokardium adalah sejenis penyakit yang boleh membawa maut kepada manusia. Sakit jantung merupakan salah satu daripada beberapa jenis penyakit yang berkait dengan jantung. Berikut adalah penyakit jantung yang biasa terjadi:
- (Coronary heart disease), terhasil akibat pengumpulan mendapan atheromatous (atheromatous plaques) dalam dinding ateri yang membekalkan myocardium.
- (Ischaemic heart disease), penyakit yang berciri-cirikan pengurangan bekalan darah kepada jantung.
- (Cardiovascular disease), kelas penyakit yang membabitkan jantung/ saluran darah (arteri dan vena).
- (Pulmonary heart disease), kegagalan pada ventrikel kanan jantung.
Penyakit jantung koronari(Coronary heart disease) tersenarai sebagai penyakit pembunuh nombor satu di dunia, dan dianggap 'musuh nombor satu' dalam kehidupan harian kita. Menduduki tempat teratas telah membuatkan penyakit jantung bukan lagi menjadi pembunuh misteri. Paras kolesterol yang tinggi, diabetes, hipertensi, kegemukan, merokok, kurang melakukan senaman, faktor jantina, dan proses penuaan adalah antara faktor penyumbang kepada penyakit tersebut.
Pakar Perunding Kardiologi, Hospital Pakar Puteri Johor Bahru, Dr. Yap Sau Peng, berkata pembentukan kolesterol dalam pembuluh darah jantung adalah penyumbang utama penyakit jantung koronari. Menurut beliau, proses pembentukan ini mengambil masa bertahun-tahun lamanya sehinggalah 'gejalanya' dialami. "Pembentukan kolesterol ini bermula sejak muda lagi, bukan apabila seseorang telah berusia", katanya. Jantung terdiri daripada otot-otot jantung dan empat injap jantung. Organ ini memerlukan bekalan oksigen yang mencukupi untuk berfungsi dengan baik.
arah pergerakan darah dalam jantung
Bekalan oksigen ini diperoleh dari pembuluh darah jantung yang juga dikenali sebagai arteri. Pembuluh darah jantung ini terletak pada permukaan jantung. Setiap individu mempunyai tiga pembuluh darah utama.Penyakit jantung koronari juga dikenali sebagai "penyakit arteri koronari". Pembuluh darah ini berfungsi membekalkan otot-otot jantung dengan oksigen dan zat makanan. Seseorang boleh mendapat penyakit jantung koronari apabila satu atau lebih pembuluh darah ini menjadi sempit. Ini berlaku kerana pemendapan kolesterol dan pembentukan plak yang terdiri daripada kolesterol dan parut-parut tisu. Sel-sel yang meliputi kolesterol pada dinding pembuluh darah ini menjejaskan aliran darah ke jantung.
kedudukan arteri pada jantung
Menurut Dr. Yap, 30 peratus pesakit yang mendapat serangan jantung meninggal dunia secara mengejut. Ini kerana berlaku penyumbatan 100 peratus pada pembuluh darah. Keadaan ini mengakibatkan elektrik jantung tidak stabil. Ketidakstabilan ini turut menghentikan denyutan jantung. Jantung yang bergetar ini tidak dapat berfungsinya dengan baik. Ini mengakibatkan seluruh badan tidak mendapat oksigen yang mencukupi. Sekiranya pesakit tidak mendapat rawatan dalam tempoh empat minit, risiko kematian adalah tinggi.
Bagaimanapun, keadaan yang dikenali sebagai pemfibrilan ventrikel ini boleh dibantu dengan mesin kejutan AT.
*sumber dari wiki
itu sahaja serba sedikit penerangan berkenaan dengan penyakit jantung.....nanti kan post akan datang saya akan menceritakan bagaimana cara untuk menjaga kesihatan jantung.








.jpg)
